1. Menganggap UMRAH dan HAJI hanya ibadat bagi golongan
berada dan mewah..
- Apabila kita menyebut pasal Umrah atau Haji - Apa yang kita
fikirkan adalah wang tidak mencukupi. Apabila kita
berfikiran sedemikian, maka syaitan akan membisikan ke
telinga dan hati kita supaya mengerjakan ibadat ini ketika
wang KWSP atau Pampasan kita dikeluarkan .. Bisikan agar
kita menangguh-nanguhkan menunaikan ibadat ini -
Persoalannya adakah niat begini adalah niat sebenar
keinginan menunaikan Haji atau Umrah atau bisikan syaitan..
- Cara mengatasi masalah ini adalah dengan memasang niat
ingin menunaikan ibadat ini dalam masa terdekat - berdoa
sambil bertawakkal kepada Allah serta berusaha mendapatkan
wang untuk mendaftar Haji atau Umrah.. Biasanya rezeki
akan menjadi semakin baik dan mencukupi untuk menunaikan
Haji atau Umrah selepas kita ada NIAT ....
Contoh cerita benar - Insan ini hanyalah seorang nelayan
yang pendapatannya sekadar mencukupi keperluan
hariannya.. Selepas ada keinginan yang kuat untuk
menunaikan ibadat ini dan memasang NIAT
melaksanakannya dengan segera....tiba-tiba rezekinya menjadi
murah dan mudah.. selalunya dia mencari ikan untuk
ditangkap dijual menjadi rezeki untuk keperluan sendiri ..
selepas niat tadi ikan-ikan seolah-olah mencari dia untuk
ditangkap ....Dia telahpun selesai menunaikan ibadat Haji..
Itulah kebesaran Allah dan kekuasaannya memberikan rezeki
kepada hamba-hambanya yang dikehendakinya .. Allah swt
akan mempermudahkan rezeki hamba-hambanya yang
niatnya ke jalan ibadat yang diwajibkanNya kepada hamba-
hambanya..
Kini banyak jalan untuk kita mudah untuk menyegerakan
mendaftar Haji dan Umrah..melalui KWSP atau pinjaman
melalui institusi Halal Kewangan Islam...
2. Menganggap Tanah Suci sebagai tempat pembalasan segala
dosa kita di Tanah Air...
- Tanggapan ini adalah salah sehingga ramai rasa takut
menunaikan ibadat ini..Ada yang mengatakan belum
bersedia menunaikan ibadat ini..
- Sebenarnya Tanah Suci adalah tempat menghapuskan segala
dosa...
3. Menganggap menunaikan Haji atau Umrah sebagai perjalanan
Makan Angin atau melancong..
- Niat ini akan menjadikan ibadatnya rosak dan ditolak..
- Niat begini semacam niat menunjuk-nunjuk yang dia
berkemampuan dan ada duit banyak pergi ke Tanah Suci..
- Jemaah yang Niatnya begini akan selalu mendatangkan
masalah dan bermasalah semasa berada di tanah suci..